Explore more publications!

Senarai The World’s 100 Best Coffee Shops telah diterbitkan

  • Onyx Coffee Lab (USA) menggunguli senarai kedai kopi terbaik dunia.
  • Amerika Syarikat menerajui senarai dengan 9 kedai kopi, diikuti oleh Australia (7), Peru (5) dan Sepanyol, Honduras serta Taiwan (masing-masing 4).

Lihat senarai penuh di https://theworlds100bestcoffeeshops.com/

MADRID, Feb. 18, 2026 (GLOBE NEWSWIRE) -- Edisi kedua THE WORLD’S 100 BEST COFFEE SHOPSCoffeeFest Madrid 2026

Senarai yang diterbitkan itu mengesahkan kemunculan ibu negara global baharu bagi kopi berkualiti, serta penyatuan komuniti kopi yang terdiri daripada pelbagai latar belakang, profesional dan inovatif. Amerika Syarikat menerajui senarai dengan 9 kedai kopi yang terpilih, diikuti oleh Australia (7), Peru (5) dan Sepanyol, Honduras serta Taiwan masing-masing dengan 4 kedai.

“Akhirnya, kita mengikuti trend global yang meningkat naik. Budaya kedai kopi terus berkembang dan penarafan ini bertujuan untuk menonjolkan lebih banyak kedai kopi di seluruh dunia. Sepanjang tahun, kami akan turut mendedahkan senarai benua yang menggambarkan pengembangan ini,” kata Cesar Ramirez, Ketua Pegawai Eksekutif The World 100 Best Coffee Shops.

ONYX COFFEE LAB (USA), KEDAI KOPI TERBAIK DI DUNIA

Onyx Coffee Lab yang berpangkalan di in Arkansas (Amerika Syarikat) telah diiktiraf sebagai kedai kopi terbaik di dunia atas komitmen syarikat itu untuk menghasilkan kopi istimewa, inovasi teknikal serta hubungan yang kukuh dengan komuniti kopi. Berpandukan moto “Never Settle for Good Enough,” falsafah ini membentuk keseluruhan proses, daripada pencarian kopi di tempat penanaman sehinggalah kawalan pemanggangan yang ketat, penggunaan tenaga solar serta komitmen yang kukuh dalam latihan barista dan rakan kongsi yang berterusan.

Turut menaiki pentas ialah Tim Wendelboe (Oslo, Norway), yang menjadi pakar rujukan global bagi kopi istimewa yang memenangi anugerah barista dan pemanggang kopi, diikuti oleh Alquimia Coffee (Santa Ana, El Salvador), syarikat pemanggang mikro yang beroperasi di tempat asal kopi untuk mempromosikan kopi Salvador melalui pendekatan kontemporari yang telah bertapak kukuh di wilayah tersebut.

“The World’s 100 Best Coffee Shops merupakan penanda aras global yang meraikan kafe yang membentuk masa depan kopi, dan DaVinci Gourmet berbangga dapat menyertai acara ini sebagai penaja global dan utama,” kata Eloise Dubuisson, Pengurus Besar Jenama Perkhidmatan Makanan di Kerry Asia Pacific, Timur Tengah & Afrika. “Kami mengucapkan tahniah kepada kesemua 100 kedai kopi yang diiktiraf atas ketelitian kreatif, semangat yang inovatif dan pengaruh yang bermakna di persada global.”

PROSES PENILAIAN GLOBAL

Penarafan dihasilkan melalui pelbagai sistem yang menggabungkan penilaian daripada lebih 800 juri profesional daripada semua benua serta pengundian awam yang berjaya mengumpul 350,000 undian dalam edisi kali ini. Secara keseluruhan, sejumlah 15,000 kedai kopi di seluruh dunia telah dianalisis.

Panel juri antarabangsa termasuklah figura terkemuka seperti Kat Melheim (Amerika Utara), Pack Katisomsakul (Asia Tenggara), Michalis Dimitrakopoulos (Eropah), Darveris Rivas (Amerika Selatan), Tanty Hartono (Asia), Jolie Marlene (Afrika), Jack Simpson (Oceania), Dara Santana (Eropah), Mariam Erin (Asia–Timur Tengah) and Sunghee Tark (Asia).

Kriteria penilaian yang diguna pakai ialah:

  • Kualiti kopi
  • Pengalaman dan teknik barista
  • Perkhidmatan pelanggan
  • Kapasiti inovasi
  • Reka bentuk dan suasana ruang
  • Amalan kelestarian
  • Kualiti makanan dan pastri
  • Konsistensi perkhidmatan

MENGIKTIRAF KECEMERLANGAN KOPI

THE WORLD’S 100 BEST COFFEE SHOPS bermatlamat untuk menekankan ruang yang bukan hanya menyajikan kopi yang luar biasa rasanya, tetapi turut mencipta pengalaman unik berkaitan minuman ini. Senarai tersebut bukan sekadar panduan untuk pencinta kopi tetapi ia turut menjadi penanda aras bagi industri dan ahli profesional kopi.

Edisi 2026 bagi The World’s 100 Best Coffee Shops disokong oleh DaVinci Gourmet sebagai Penaja Global dan Utama; Slayer, Markibar, Cropster dan CoffeeFest Madrid sebagai Penaja Utama; serta Fidatec dan National Federation of Coffee Growers of Colombia (Craft Specialty Coffees) sebagai Penaja. Komitmen mereka mengukuhkan unjuran antarabangsa inisiatif ini dan memperteguh pengiktirafan kopi sebagai pemacu budaya dan gastronomi.

Perihal Neodrinks

Neodrinks ialah sebuah platform yang mengkhusus dalam usaha memacukan trend dalam sektor hospitaliti serta runcit. Neodrinks memacu dan menggalakkan inisiatif seperti THE DRINKS SHOW, Madrid Cocktail Week, Top Cocktail Bars dan CoffeeFest, serta bertanggungjawab menganjurkan kejohanan rasmi Specialty Coffee Association (SCA) di Sepanyol.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut atau permintaan temu bual:
Be Cooltural
prensa@becooltural.com

Foto yang mengiringi pengumuman ini tersedia di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/d20ebaab-e10c-45b6-bb19-b64a905f13c4


Primary Logo

Legal Disclaimer:

EIN Presswire provides this news content "as is" without warranty of any kind. We do not accept any responsibility or liability for the accuracy, content, images, videos, licenses, completeness, legality, or reliability of the information contained in this article. If you have any complaints or copyright issues related to this article, kindly contact the author above.

Share us

on your social networks:
AGPs

Get the latest news on this topic.

SIGN UP FOR FREE TODAY

No Thanks

By signing to this email alert, you
agree to our Terms & Conditions