Music Broadcast Review
SEE OTHER BRANDS

Bringing you the latest news on culture, society and lifestyle

Sir Gareth Southgate, Alessandro Nesta, Rafa Benitez, Carli Lloyd dan Ron Jaworski menjadi Tumpuan Utama Sidang Kemuncak Global Aspire Academy ke-11 tahun 2025 di Philadelphia, Amerika Syarikat

Tokoh Bola Sepak Dunia Berkongsi Pandangan mengenai Kejurulatihan, Kepimpinan dan Inovasi

  • “Aspek paling penting dalam pembangunan bola sepak ialah melahirkan jurulatih yang berkualiti.” — Sir Gareth Southgate
  • “Kejurulatihan menuntut kejelasan, daya tahan dan jalinan hubungan yang kukuh.” — Wilfried Nancy
  • “Kepimpinan sejati bermula dari dalam; tanpa keupayaan memimpin diri sendiri, mustahil untuk memimpin orang lain.” — Ron Jaworski
  • “Setiap pemain akan sampai ke tahap di mana bakat sahaja tidak mencukupi; yang menentukan kejayaan ialah sejauh mana kesanggupan anda untuk berusaha secara konsisten setiap hari.” – Carli Lloyd
  • “Acara seperti Sidang Kemuncak Global Aspire Academy menyatukan idea, insan dan tujuan.” — Pesuruhjaya MLS, Don Garber

PHILADELPHIA, Oct. 11, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- Sidang Kemuncak Global Aspire Academy 2025 telah menghimpunkan beberapa tokoh paling berpengaruh dalam dunia bola sepak untuk sesi dialog dan penerokaan selama dua hari di Subaru Park, gelanggang rasmi pasukan Philadelphia Union di Philadelphia, Amerika Syarikat.

Edisi ke-11 Sidang Kemuncak Global telah diadakan buat pertama kali di Amerika Syarikat, dengan kerjasama Philadelphia Union dan rakan kongsi rasmi, Major League Soccer (MLS).

Sidang Kemuncak Global tahunan ini merupakan sebahagian daripada program “Aspire in the World Fellows” anjuran Aspire Academy, sebuah inisiatif global yang menghubungkan lebih 50 kelab, persekutuan dan liga yang komited dalam memajukan pembangunan pemain dan jurulatih bola sepak. Program ini menjadi wadah untuk perkongsian amalan terbaik, penyelidikan dan cerapan prestasi praktikal yang mendorong kemajuan berterusan dalam dunia bola sepak.

Selain sesi meja bulat, bengkel dan klinik kejurulatihan praktikal, para delegasi turut berpeluang mendengar pandangan daripada beberapa ikon bola sepak yang berkongsi wawasan mereka tentang hala tuju masa depan sukan ini berdasarkan pengalaman masing-masing.

“Untuk memajukan bola sepak, perkara paling utama ialah melahirkan jurulatih yang berkualiti,” kata Sir Gareth Southgate, bekas Pengurus Pasukan Kebangsaan England. “Pembelajaran adalah proses berterusan. Apabila kita menghimpunkan individu untuk berkongsi pengalaman dan idea, ia membuka ruang untuk pertumbuhan bersama — lebih-lebih lagi ketika bola sepak terus berkembang,” tambahnya.

Bekas pengurus Liverpool, Chelsea dan Real Madrid, Rafa Benitez telah mengetuai sesi Masterclass mendalam mengenai evolusi taktikal dan pengurusan prestasi. Beliau menekankan tiga aspek utama yang telah berubah dalam bola sepak sejak kebelakangan ini: peningkatan penggunaan analisis video terhadap prestasi pemain, akses statistik yang lebih meluas kepada jurulatih, serta penambahbaikan keupayaan teknologi GPS.

Sesi Star Chat turut menampilkan Wilfried Nancy, Ketua Jurulatih Columbus Crew dan Jurulatih Terbaik MLS 2024, yang berkongsi pandangannya tentang keseimbangan antara struktur dan kreativiti dalam kejurulatihan. “Kejurulatihan menuntut kejelasan, ketahanan dan hubungan yang kukuh. Ia melibatkan membantu pemain gagal, belajar dan berkembang dalam ruang yang terarah tetapi bebas,” katanya. “Cabaran adalah sebahagian daripada permainan — tanpa cabaran, kita tidak mencabar diri. Tugas jurulatih ialah memperkasakan pemain untuk membaca permainan, menyesuaikan diri dan mencari penyelesaian sambil kekal setia kepada identiti mereka.”

Legenda Itali dan juara Piala Dunia FIFA, yang juga bekas kapten AC Milan, Alessandro Nesta, berkongsi pandangannya tentang perhubungan antara kepercayaan, kebolehsuaian dan kesedaran taktikal dalam bola sepak moden. “Kejurulatihan adalah tentang psikologi, kepercayaan dan memahami setiap pemain. Pemain hari ini berbeza dan kita perlu menyesuaikan pendekatan untuk menyerlahkan potensi mereka. Selepas kekalahan, kepimpinan menjadi lebih penting — dan ketika itulah semangat sebenar mendorong kita untuk terus maju.”

Antara tema utama sidang kemuncak kali ini ialah kebangkitan berterusan bola sepak wanita, mencerminkan pertumbuhan dan pelaburan global yang membentuk masa depan sukan tersebut. Salah satu sorotan acara ialah sesi Star Chat bersama Carli Lloyd — juara dua kali Piala Dunia Wanita FIFA dan dua kali Pemain Terbaik Dunia FIFA — yang berbicara bersama kapten Philadelphia Union, Alejandro Bedoya. Berkongsi pengalamannya, Lloyd berkata: “Persediaan adalah segalanya; ia asas kepada kejayaan. Anda mesti konsisten dalam latihan, kekal berdisiplin dan terus bekerja keras — walaupun tiada siapa yang melihat.

“Setiap pemain akan sampai ke satu tahap di mana bakat sahaja tidak mencukupi; yang penting ialah sejauh mana anda sanggup berusaha, hari demi hari. Anda perlu mencari motivasi dari dalam diri untuk menjadi yang terbaik — untuk diri sendiri terlebih dahulu. Permainan ini sentiasa akan menguji anda melalui kegagalan dan cabaran, tetapi saat-saat itulah yang membentuk jati diri. Bagi saya, semuanya tentang proses: usaha berterusan, pengulangan dan persediaan yang membina keyakinan. Akhirnya, bola sepak adalah permainan menuju kejayaan; anda perlu berjuang habis-habisan dan sentiasa utamakan persediaan.” Carli menyimpulkan.

Dialog rentas sukan turut menjadi salah satu elemen utama Sidang Kemuncak kali ini. Ron Jaworski, bekas pemain quarterback NFL, membawa perspektif Amerika tentang kepimpinan dan budaya prestasi, sambil menekankan bahawa kejurulatihan melangkaui batas disiplin sukan.

“Di sebalik setiap sukan — sama ada bola sepak, ragbi atau bola sepak Amerika — kejurulatihan adalah tentang kepimpinan,” kata Jaworski. “Kepimpinan sejati bermula dari dalam diri; jika seseorang tidak mampu memimpin dirinya sendiri, mustahil dia dapat memimpin orang lain. Strategi mungkin berubah, teknologi mungkin berkembang, tetapi kepimpinan kekal sebagai pemacu utama kejayaan pasukan.”

Sepanjang Sidang Kemuncak, sesi teknikal dan bengkel menekankan cara inovasi dan data sedang membentuk semula permainan bola sepak. Pakar dari Juventus, AC Milan, MLS dan Aspire Academy menerokai trend baharu dalam teknologi sukan, analitik dan sains prestasi. Sesi meja bulat pula membincangkan isu-isu penting seperti pengurusan jadual padat, pemulihan optimum dan integrasi teknologi dalam sistem kejurulatihan.

Aspire Academy turut memperkenalkan Blind/Off, sebuah sistem e-gim interaktif baharu yang dibangunkan secara dalaman. Sistem ini membolehkan atlet menerima maklum balas prestasi serta analisis secara serta-merta dan masa nyata. Platform ini bakal tersedia untuk penggunaan mudah alih, mencerminkan komitmen Aspire dalam menjadikan alat latihan elit lebih mudah diakses oleh atlet di seluruh dunia.

Falsafah di sebalik Sidang Kemuncak Global Aspire Academy turut mendapat pujian daripada Don Garber, Pesuruhjaya Major League Soccer (MLS).

“Acara seperti Sidang Kemuncak Global Aspire Academy memainkan peranan penting dalam kemajuan bola sepak. Ia menghubungkan idea, individu dan matlamat, mengingatkan kita bahawa masa depan sukan ini bergantung kepada kerjasama sama seperti persaingan,” katanya.

Dalam ucapan penutup, Valter Di Salvo, Pengarah Prestasi dan Sains Bola Sepak Aspire Academy berkata: “Di Aspire Academy, matlamat kami ialah mewujudkan persekitaran di mana pembelajaran tidak pernah berhenti — untuk pemain, jurulatih dan organisasi.”

Acara tahun ini membuktikan betapa hebatnya impak apabila komuniti bola sepak global berganding bahu untuk berkongsi ilmu dan mencabar diri demi terus maju. Jadi, apakah langkah seterusnya? Bagi kami, ia bermula serta-merta! Buat pertama kalinya, kami akan membawa Jelajah Bengkel ke Eropah dengan acara sulung di Bucharest, Romania pada tahun hadapan. Malah, perancangan untuk edisi ke-12 Sidang Kemuncak Global Aspire Academy telah pun bermula dan lokasi akan diumumkan tidak lama lagi.”

Aspire Academy, yang ditubuhkan pada tahun 2004, diiktiraf di peringkat antarabangsa atas pendekatan menyeluruh dalam pembangunan atlet — menggabungkan pendidikan, sains sukan dan pembentukan sahsiah — serta usaha merapatkan jurang antara pengamal bola sepak terkemuka dari seluruh dunia.

Perihal Aspire Academy:
Sejak mula beroperasi pada tahun 2004, Aspire Academy telah muncul sebagai salah satu akademi sukan kebangsaan terkemuka di dunia. Aspire Academy menggabungkan kemudahan bertaraf dunia dengan kepakaran sukan dan akademik global untuk menyediakan platform kepada atlet muda yang berbakat agar mereka dapat menyerlah, sekali gus menjadi juara masa depan. Sebagai sebahagian daripada Aspire Zone Foundation, Akademi ini berada di tengah-tengah revolusi sukan di Qatar dan rantau sekitarnya. Kami merangka, mempromosikan dan melaksanakan kecemerlangan yang mengubah landskap dalam latihan sukan dan pembangunan atlet elit. Akademi ini membuka jalan kepada generasi atlet Qatar yang berbakat, berdisiplin dan komited untuk mengejar impian sukan mereka.

Bersama ahli lain dalam Aspire Zone Foundation, termasuk Aspire Logistics dan Hospital Ortopedik dan Perubatan Sukan Qatar (Aspetar), Aspire Academy terus melahirkan juara sukan, memupuk gaya hidup sihat serta memacu ekonomi sukan masa kini dan masa depan.

Foto yang mengiringi pengumuman ini tersedia di:

http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/1dcca6b2-870c-4fce-9998-6e33a9f5d403

http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/5511608b-9791-41f2-b9e3-65f852bf6ca6

http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/221299dd-b269-4251-b788-dd599114b44a

http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/183a75e6-0db7-4b26-bbd7-949a046abd21

http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/cdc2606e-306b-4112-9a22-9bf68a09acfa

http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/96ba91e0-4212-4e29-8acb-85d386e63f34

http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/42d2e4f2-3f06-4224-aea6-3a85701ecf59

http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/02490efb-a86c-4d9e-9875-331dcf29fe05

http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/038318cf-eb12-46de-a62c-1b912eadab40

http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/822f8f2d-bcfd-4bf7-af94-7660a48a5691

http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/0c92c655-60fa-48f2-84ec-f4a78a45ff47

http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/e58a8f27-ec2c-455a-9155-fcabad3b8bca

http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/83172e52-cef0-4391-a647-c9be50c74b4e



Hubungan Media

Hassan Mubarak Esbaiss

Ketua Komunikasi Korporat & PR | Aspire Academy

hassan.esbaiss@aspire.qa | +974 5521 9545

Primary Logo

Legal Disclaimer:

EIN Presswire provides this news content "as is" without warranty of any kind. We do not accept any responsibility or liability for the accuracy, content, images, videos, licenses, completeness, legality, or reliability of the information contained in this article. If you have any complaints or copyright issues related to this article, kindly contact the author above.

Share us

on your social networks:
AGPs

Get the latest news on this topic.

SIGN UP FOR FREE TODAY

No Thanks

By signing to this email alert, you
agree to our Terms & Conditions